Rakan-rakan yang saya hormati,
Apa khabar semua? Sihat dan gembira?
Untuk pengetahuan anda semua, pada bulan Julai yang lalu, ketika saya dan suami saya pergi ke Indonesia untuk menjalankan bengkel/ ‘training’ untuk usahawan-usahawan (mitra) DXN (multi-level marketing company), saya berpeluang menemuduga GM DXN Indonesia, Bapak Bangun Simbolon yang berada di Medan ketika itu.
Dr. Puven menemuduga GM DXN Indonesia, Bapak Bangun Simbolon
Dalam temuduga itu Bapak Bangun menceritakan tentang perkembangan pesat DXN di Indonesia dan terusnya manfaat yang diperolehi oleh masyarakat Indonesia dan juga masyarakat global dari segi peluang bisnes maupun produk kesihatan (health supplements) yang disediakan oleh DXN.
Tontonilah klip temuduga ini di: http://www.youtube.com/user/gfav1#p/a/u/0/zvJElbO-W2I
Kalau ada sebarang pertanyaan tentang peluang bisnes atau produk kesihatan DXN, sila kemukan kepada saya, dr.puven329@yahoo.com. Saya akan menjawabnya secepat mungkin.
Kalau anda boleh baca dan memahami Bahasa Inggeris, sila juga ke laman web saya, www.drpuven.com. Di sana saya sertakan artikel dalam Bahasa Inggeris oleh pakar jantung terkenal di India, Dr Ranjan, yang saya temui di Chennai pada bulan September 2009.
Dr. Puven bersama Dr. Ranjan di Adayar, India
Dr. Ranjan menceritakan dengan terperinci manfaat ganoderma/reishi kepada kesihatan kita terutamanya dalam pencegahan sakit/serangan jantung, pengimbangan tekanan darah, pengurangan kadar kolesterol, ‘triglyceride’ dan gula dalam darah.
Dr. Ranjan juga memberitahu bahawa kulat reishi/ganoderma ini mempunyai ciri-ciri anti-penuaan, anti-virus, dan anti-bakteria. Beliau menyatakan bahawa ganoderma dapat membantu ginjal dan hati (kidney and liver) untuk membuang toksin.
Mengikut Dr. Ranjan, ganoderma juga dapat membantu mereka yang mempunyai masalah ‘allergy’/ala (melibatkan kulit, hidung, paru-paru) dan dapat mengurangkan kesan sampingan yang dialami oleh pesakit kanker (cancer) ketika menjalani terapi ‘chemo and radiation’ .
Dr Ranjan juga menyatakan bahawa ganoderma dapat merelaksasikan otak kita serta dapat mengurangkan stress lalu membantu kita tidur. Mengikut beliau, ganoderma juga dapat membantu proses penghadaman (digestion), dan kulat ini juga berfungsi sebagai bahan penahan sakit (pain-killer) yang selamat dan natural.
Dr. Ranjan juga memberitahu bahawa ganoderma juga dapat mengimbangkan kadar hormone (hormonal levels), dan terus membantu dalam masalah ‘infertility’ (penyuburan- tidak dapat melahirkan anak)
0 comments:
Post a Comment